Tanpa keazaman yang teguh dan pandangan yang jauh, sesebuah syarikat tidak mungkin berjaya hingga ke tahap antarabangsa.

Maklumat, komunikasi dan teknologi rangkaian yang canggih juga amat penting bagi menyokong kejayaan sesebuah syarikat. Ini kerana, tanpa maklumat, komunikasi dan rangkaian yang canggih, sesebuah syarikat akan mengalami kesukaran untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perniagaan khususnya dalam pasaran antarabangsa. 

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa sistem teknologi telah menjadi unsur utama bagi setiap industri dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Dengan sistem teknologi ini juga, masa depan sesebuah industri itu akan lebih terjamin.

ICTWAY merupakan sebuah syarikat yang mengadaptasi rangkaian teknologi moden (ICT) dalam perniagaannya. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh golongan pakar yang berpengalaman dalam industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Golongan ini telah berusaha menguruskan ICTWAY untuk menjadi sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk mengembangkan perniagaan MLM berlandaskan perniagaan E-dagang.

Dapatkan maklumat terkini daripada kami.
 
Copyright ©2009 ICTWAY Sdn Bhd. All Rights Reserved | Term of Use