Dewasa ini e-dagang merupakan alat penting bagi kegiatan perniagaan global. Jika kita mempunyai sistem e-dagang yang canggih, kita boleh membina asas yang kuat bagi perdagangan antarabangsa. Wujudnya sistem e-dagang yang bermutu dan kuat juga menunjukkan bahawa kita mempunyai kumpulan manusia IT yang kreatif.
Kerajaan Malaysia menggalakkan komuniti perdagangan menguasai IT-E-dagang bagi memungkinkan mereka memantapkan kedudukan masing-masing dan dikenali dalam dunia perdagangan global.
Menarik kumpulan kakitangan IT yang kreatif merupakan kunci ke arah pembangunan perdagangan. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai pandangan jauh dan berkongsi visi dengan kami untuk bersama kami demi mencapai tujuan bersama. Kami bersedia berkongsi segala manfaat dengan mereka. |