Perkembangan dan Masa Depan Webse
Meninjau pertumbuhan Webse selama lapan tahun yang lalu, kami berbangga untuk menyatakan berkat usaha pasukan IT kami yang cukup mantap kami telah berhasil bukan sahaja membantu badan-badan korporat besar mendirikan penyelesaian IT mereka yang efisien tetapi juga membentuk reputasi yang kukuh bagi diri kami sendiri.
Dengan semakin meningkatnya bilangan syarikat yang beralih kepada penerapan sistem e-dagang selaras dengan perkembangan global, maka kami juga menjadi semakin komited terhadap penerapan teknologi tersebut.
Dalam masa lima tahun yang akan datang, kita akan dapat menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan pesat kegiatan perdagangan kami.
Dewasa ini kami mempunyai dua bidang utama perniagaan, yakni menyediakan penyelesaian IT yang maju lagi canggih untuk badan-badan korporat yang besar dan anak syarikat milik kami sepenuhnya, Dagangasia.com , terlibat dalam bidang kendalian laman web. Nyatalah bahawa bidang-bidang perniagaan ini akan menghasilkan kemungkinan pendapatan dan keuntungan yang lumayan untuk kami.
|
Unjuran Keuntungan:
Tahun |
2007 |
2008 |
2009 |
2010 |
2011 |
Keuntungan |
5,000,000 |
7,000,000 |
10,000,000 |
13,000,000 |
16,000,000 |
|
|
|
2007 |
Perkhidmatan Penyelesaian Web akan mencapai keuntungan sebanyak RM2,000,000. Manakala keuntungan dari Dagangasia.com diramal sebanyak RM3,000,000. |
2008 |
Perkembangan Dagangasia.com akan menarik penyertaan yang banyak dari golongan usahawan. Keadaan ini akan mendatangkan keuntungan kira-kira RM4,000,000. Di samping itu, Perkhidmatan Penyelesaian Web akan mendatangkan keuntungan kira-kira RM3,000,000. |
2009 |
Pelanggan Dagangasia.com akan meliputi bandar besar di semua negara Asia. Penambahan pelanggan akan meningkatkan keuntungan sebanyak RM6,000,000. Keuntungan Perkhidmatan Penyelesaian Web diramal sebanyak RM4,000,000. |
2010 |
Keuntungan tahunan dari Dagangasia.com akan meningkat kepada RM8,000,000. Manakala Perkhidmatan Penyelesaian Web akan mendatangkan keuntungan sebanyak RM5,000,000. |
2011 |
Penubuhan pelanggan di ASEAN, China, dan pasaran antarabangsa akan mendatangkan keuntungan sebanyak RM9,000,000 kepada Dagangasia.com. Selain itu, RM7,000,000 keuntungan akan diperolehi daripada Perkhidmatan Penyelesaian Web. |
|
|
|